Merenung Sejenak

Adakah beban jika menjadi anak ke-2 dlm keluarga?
Adakah dosa jika menjadi anak ke-2 dlm keluarga?
Mengapa ibubapa lebih sayangkan anak sulung dan anak bongsu?
Adakah anak pertengahan tidak penting? Adakah mereka hanya a piece of puzzle yang melengkapkan potret keluarga?
Apakah dosa cucu ke-2 berbanding cucu pertama? apakah dosa cucu perempuan berbanding cucu lelaki?

Ibubapa cuba mengajar anak-anak mereka agar tidak memilih kasih atau sentiasa mementingkan persaudaraan antara anak-anak namun ibubapa jualah yang merosakkan tanpa ibubapa sedari.
Adakah kegembiraan menyambut kelahiran hanya untuk anak yang sulung? Adakah kesayangan hanya untuk anak yang bongsu? Jadi apakah nilai anak yang berada di pertengahan?
Anak yang sulung di ajar pelbagai perkara seperti permainan sukan, barang permainan dan pelbagai perkara agar anak ini menjadi acuan yang mereka mahukan. Namun apabila kecewa maka mereka alihkan pula ke bahu anak yang ke-2? dan anak yang ke-2 harus menanggung kesalahan anak sulung?

Perlukah Ibubapa melakukan begini? dan perlukah amalan ini diteruskan ke cucu mereka?
Jadi bagaimana harus kita atasi perkara ini? dan sememangnya ini boleh mengakibatkan rasa kecil hati antara anak masing-masing…
Fikir-fikirkanlah sejenak…

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s