Assalamualaikum kepada semua,
huhuhu nak di ikutkan mmg agak panas topik haku nie..
tapi nak buat mcm mana, hati nie mm dah panas giler dah nie..
nak bersuara mmg susah la org nak dgr sbb maklumlah siapa lah haku nie kalau nak bersuara..
bukan isu politik tp ini topik yg mmg panas di malaysia nie..
baik dr kerajaan atau pembangkang..
Kepada Umat Islam Malaysia, jika betul anda ISLAM maka jawablah pertanyaan ku ini;
1. Anda mengatakan kerajaan sekarang mengamalkan rasuah, duit haram, dan memakan hasil kerajaan haram.. Tp bukankah anda pekerja kerajaan? mengapa masih lagi berkhidmat dengan kerajaan? kenapa anda tidak berhenti kerja? kenapa anda sanggup memakan duit haram? mengapa anda tidak mengikut apa yang al-arqam buat? mereka juga mengatakan yg sama tp mereka berhenti dr jawatan kerajaan dan membuat bisnes sendiri… MENGAPA ANDA TIDAK????
2. Anda marah biler isu azan dipermainkan atau di perlekehkan oleh org kafir. Tp biler azan berkumandang, apakah yg anda lakukan? adakah anda bersembang? adakah anda masih lagi di meja snooker? bukankah anda perlu diam dan menghayati laungan azan? jika anda tidak diam maka bukankah anda jugak tidak menghormati azan? MENGAPA TERJADI BEGINI???
3. Anda marah biler karikatur Nabi dilukis dan di permain-mainkan oleh org Kafir. Mengapa tidak begitu bila org kafir menghina Islam? Yg mana satu lebih suci? Agama Islam atau Nabi? Org kafir membaca ayat al-quran dengan tajwid yg salah, adakah tidak berdosa? apakah ayat al-quran boleh dipermain-mainkan? adakah anda fikir nabi harus di pertahankan berbanding Agama Islam itu sendiri dan Al-Quran? Adakah kita lupa bahawa Nabi pernah di maki dan dicaci, namun Nabi tetap bersabar kerana Agama ISLAM yang dibawa lebih mulia. MENGAPA ANDA SANGGUP MEMBIARKAN AGAMA ISLAM DAN AL-QURAN DI CACI DAN DI HINA???
4. Anda mengatakan anda ISLAM tp…
- Sembahyang 5 waktu – x pernah buat
- Sembahyang Jumaat – dekat snooker @ pusat membeli belah @ tidoooo…
- Sembahyang Hari Raya pun malas nak buat
tetapi biler bercakap pasal agama, anda lah yg hebat. Andalah pejuang Islam yang sebenar…MENGAPA BEGINI???
Ini baru 4 Dalil yang perlu anda jawab dan fikirkan…
Inilah yang berlaku sekarang ni di malaysia…
Org alim ulamak sanggup membiarkan Islam dicemuh, di hina dan mengelarkan seorg kafir tu seperti khalifah!!
jika pada zaman Khalifah, sesiapa yang menghina Islam pasti akan mendapat balasan nyer…
Pernah teringat, ceramah seorg Ustaz yg masuk P@S mengatakan kebykan ulamak nie seperti ular dlm semak..
ehem.. ehem.. mana pulak Ustaz nie biler org kafir hina Islam?
Bukan nak masuk politik.. tp dah tak tertahan geram nyer nie…
Categorized in -Pot Pet Kosong-
For this 2 Days i will be at SOLARIS – SOHO KL Flea Market Selling Kids Wear and Branded Perfume with affordable price!! Come Join And Support Me..
Thanks!!
Categorized in -Pot Pet Kosong-
Haku mulakan article ini dengan selawat dan salam ke atas junjungan mulia nabi Muhammad SAW, pujian keatas Kebesaran Allah SWT, dan salam keatas sahabat-sahabat Nabi Muhammad SAW.
’Amir bin Said dari bapanya berkata bahawa : “Satu hari Rasulullah S.A.W telah datang dari daerah berbukit. Apabila Rasulullah S.A.W sampai di masjid Bani Mu’awiyah lalu beliau masuk ke dalam masjid dan menunaikan solat dua rakaat. Maka kami pun turut solat bersama dengan Rasulullah S.A.W.
Kemudian Rasulullah S.A.W berdoa dengan doa yang agak panjang kepada Allah S.W.T :
Setelah selesai beliau berdoa maka Rasulullah S.A.W pun berpaling kepada kami lalu bersabda yang bermaksud : “Aku telah bermohon kepada Allah S.W.T tiga perkara, dalam tiga perkara itu cuma dia memperkenankan dua perkara sahaja dan satu lagi ditolak. 1. Aku telah bermohon kepada Allah S.W.T supaya ia tidak membinasakan umatku dengan musim susah yang berpanjangan. Permohonanku ini diperkenankan oleh Allah S.W.T.
2. Aku telah bermohon kepada Allah S.W.T supaya umatku ini jangan dibinasakan dengan bencana tenggelam (seperti banjir besar yang telah melanda umat Nabi Nuh s.a). Permohonanku ini telah diperkenankan oleh Allah S.W.T.
3. Aku telah bermohon kepada Allah S.W.T supaya umatku tidak dibinasakan kerana pergaduhan sesama mereka (peperangan, pergaduhan antara sesama Islam). Tetapi permohonanku telah tidak diperkenankan (telah ditolak).
Apa yang kita lihat hari ini ialah negara-negara Islam sendiri bergaduh antara satu sama lain, hari ini orang Islam bergaduh sesama sendiri, mereka yang memegang tanggungjawab sebagai Ulama atau Imam pun mengutamakan keduniaan dari ajaran Islam….
Sesungguhnya sesiapa diantara kamu umat Islam yang membunuh umat Islam yang lain maka neraka jahanamlah tempatnya..
artikel di ambil dari:
http://www.ashtech.com.my
Categorized in SuduT AgaMa

So ada komen?
Categorized in -Pot Pet Kosong-
” Semalam kerajaan mengumumkan kenaikan 78 sen bagi petrol dan RM1 diesel, ekoran kenaikan harga minyak dunia.”
huhuhu
so apa nak di ceritakan?
duk sembang macam nak *tut* mengatakan minyak naik bulan OGOS..
tup tup semalam dah naik..
dah la naik.. lepas tu naik mendadak sampai 41%…
adoi laa mcm mana nak buat tu? apa yg boleh di buat tu?
kalau minyak naik.. kompom la.. semua brg keperluan naik…
nak percaya kata Menteri Shahir? semua brg dlm kawalan? hmm baik tak payah..
kenapa? ingat la masa TV3 kot yg interview dier pasal kenaikan harga beras?
apa respond dier? ” owh kenaikan harga beras bukan dlm tanggungjawab kementerian beliau..tapi dlm akta lain” …
x kerk mcm *tut* ja bunyi nyerk…
pastu leh laks keluar TV3 masa berita mengatakan harga semua dlm kawalan?
so nak percaya kerk idak si org purba nie? (sbb rambut putih sgt)..
dan yg hebat nyer skrang nie.. ramai yg aderkan demontrasi jalanan..
mmg pelbagai persatuan la cuber nak cipta nama.. atas nama rakyat.. jadi hero..
tp bagi haku mmg takkan berguner!! sbb kenapa? alih-alih dier guner polis halau semua org..
pastu paling tidak pun kene duk dlm tahanan ISA…huhuhu..
So kepada semua persatuan atau kumpulan NGO atau jugak Kakitangan Kerajaan..
kalau anda ingin melakukan demontrasi… begini cara nyerk..
melalui pilihanraya? jgn harap.. BN or PR sama ja perangai..
mari kiter tetapkan satu tarikh dimana..
bermula tarikh itu sehingga tuntutan kita diterima..
JANGAN BEKERJA… ATAS ALASAN MINYAK NAIK DAN KAMI MAHU KERAJAAN RASAKAN APA YANG KAMI RASA.. SEHARI KAMI TIDAK BEKERJA (SWASTA n KERAJAAN) BERATUS-RATUS JUTA DUIT KERAJAAN AKAN RUGI.. FIKIRKAN KALAU SEMINGGU?….KALAU 2 MINGGU? KITA PERLU BERSATU ANTARA SATU SAMA LAIN.. BIAR KERAJAAN SEKARANG RASA BAHAWA KAMI RAKYAT MALAYSIA MAMPU MENGHANCURKAN SESIAPA SAHAJA YANG MENINDAS KAMI!!! ANDA BERANI?
saya hanya org biasa..
so kepada sesiapa yg terbaca blog hamba ini..
sila lah sebarkan kepada NGO atau Bdn Kerajaan yg ingin melakukan demontrasi..
kiter lakukan demontrasi ekonomi.. bukan demontrasi jalanan..
sahut lah seruan kami..
jika kita takut utk melakukan sekarang..
sampai ke anak cucu.. mereka akan melakukan begini.. BN atau PR sama ja..
Categorized in -Pot Pet Kosong-
Assalamualaikum wbt,
mmg dah agak lama haku tak menyentuh blog nie..
mungkin sbb sibuk sgt ngan kehidupan berkeluarga dan bekerja..
dan yg terbaru percutian ke Port Dickson bersama Batch 94..
haku, isteri dan rakan sekerja isteri ku (org Belanda minah salleh) menetap di bayu beach resort..
manakala bebudak batch 94 duduk di tanjung tuan, rumah x tepi pantai sangat laa..
tp yg spoky nyer sebelah rumah tu, rumah usang yg ditinggalkan org..
suasana rumah tu kire ok la.. ader tmpt buat BBQ…
so sepanjang percutian tu kire alrite arr best dan menghiburkan sampai haku terpaksa memalukan diri ngan menyanyi depan dieorg tu.. adoi laa..
tp pengalaman yg tak dapek den nak lupo..
haku, isteri dan kawan dier sesat di hutan rimba tanjung tuan..
ahahhahaa
konon nak meredah hutan la katerkan.. kire jungle tracking laa..
sekali dari elok2 jalan berbukit bukau.. terus jadi jalan di pesisiran pantai..
adeih laa.. boleh kater sejam jugak la kiteorg sesat dlm hutan tu..
tp ok gak la sbb leh terjumper tapak kaki hang tuah…
hehehe
Categorized in -Pot Pet Kosong-
Kad Undangan Perkahwinan ku 2 June 2007


So kepada kengkawan cyber ku sekalian.. inilah kad kawin online…so jejemput la ek…
Categorized in -Pot Pet Kosong-
huhuhu…
ari pertunangan haku pada 17 Mac 2007 berjalan ngan lancar sekali walaupun kiteorg lewat sampai ke rumah pihak perempuan.. anyway thanks to all my fwens yg dtg ikut rombongan pihak lelaki.. kalo korang takder, tak tau la sapa nak mengangkat dulang hantaran tunang tu..
so sekarang nie tgh menunggu tarikh pernikahan pada 1 June 2007 dan hari persandingan 2 jun 2007, haha.. gementar pun ada nie.. yg penting dokumen kena siapkan secepat yang mungkin lah.. kad kawen pon kene cetak jugak..huhu makin bz la haku…
Thank to all my fwens again!
Categorized in -Pot Pet Kosong-
kisah Linda Onn..
misteri kehilangan Linda Onn sentiasa menjadi bualan buah mulut setiap peminat atau wartawan di malaysia kerana sebab musabab misteri kehilangan Linda Onn masih lagi tidak terungkai. Disini haku akan men”copy” and “paste” satu artikel yang haku terima dari sumber email yang berkemungkinan sebab mengapa Linda Onn menarik diri dari anugerah terbabit,…
So sesiapa yg terasa pedas tu…or yang terasa tu harap-harap jgn la baca sbb kalo betul la… sendiri-sendiri paham la yerk! Jgn kater haku x beri amaran yerk.. tp kalo anda klik more tu means anda akan menerima dgn hati terbuka artikel itu so tak leh la anda nak saman menyaman yerk! So pikir dulu… at YOUR OWN RISK!
Read the rest of this entry »
Categorized in -Pot Pet Kosong-